TAMANAN HERBA - 1

Di bawah usaha Ahli Jawatankuasa Program Lestari, kini telah berjaya menanam sebanyak 50 jenis pokok-pokok herba. Antaranya :


POKOK KARI
Nama Tempatan: Kari
Nama Saintifik: Murraya Koenigii
Nama Lain: Karipulei, curry leaves
Famili: Rutaceae
Lokasi dijumpai: Diperkarangan rumah

Daun kari merupakan ramuan penting untuk pelbagai masakan tempatan, apatah lagi kari. Tumbuhan renek ini yang berasal daripada spesies murraya koeniggi dalam keluarga rutaceae mengeluarkan daun-daun kecil berwarna hijau dan berbunga putih. Kulit pokok, daun dan akar pokok daun kari digunakan sebagai tonik. Di samping itu, daunnya juga berkesan dalam mengatasi masalah haid dan gonorea, menghilangkan rasa loya dan pening-pening lalat bagi wanita mengandung dan menyembuhkan penyakit cirit-birit dan penyakit berak darah yang juga disebut disentri. Daun kari dan akarnya juga baik untuk peredaran darah dan boleh bertindak sebagai sedatif.
 
POKOK CILI API
Cili padi atau juga dikenali dengan pelbagai nama lain seperti lada jarum, lada tunggeng (kerana buahnya dalam keadaan terbalik) merupakan sejenis keluarga lada yang kecil. Pada kebiasaannya, ia lebih pedas berbanding cili besar biasa.

Khasiat : menyembuhkan bisul, luka, sakit sendi, sengal-sengal otot, bengkak, mengurangkan tekanan darah tinggi serta merawat cirit-birit.

POKOK KUNYIT
Kunyit (Curcuma longa) merupakan sejenis rempah yang banyak digunakan dalam kari dan masakan lain Asia Selatan. Kunyit juga digunakan untuk memberi warna kuning pada masakan.

Selain kegunaan kepada masakan, kunyit juga terkenal di kalangan masyarakat Melayu dan India dengan khasiatnya sebagai ubat pembersih dalaman badan dan mencantikkan kulit. Di samping itu daun serta bunga kunyit bagi sesetengah masyarakat Melayu memang digemari sebagai ulam.

POKOK BEBUAS
Pokok herba bebuas atau nama saintifiknya Premna Spp terdapat dijual di pasar tani sebagai sayur ulam. Pokok herba bebuas ini mempunyai khasiat tersendiri kepada kesihatan. Air rebusan dan pucuk herba bebuas dipercayai oleh masyarakat Melayu bagi menyembuhkan masalah pening kepala.


POKOK LIMAU KASTURI
Limau nipis (nama botani: Citrus aurantifolia) merupkan sejenis tumbuhan yang buahnya dijadikan air minuman dan juga dicampur dalam masakan. Limau nipis dipercayai berasal dari India dan Myanmar atau Asia Tenggara. Kini ia ditanam hampir di seluruh kawasan tropika dan subtropika.

Buahnya terkenal sejenis perisa yang penting dalam masakan Melayu seperti mee rebus, mee bandung, dan lain-lain. Pokoknya pula adalah lebih kurang 5 m tinggi.

Limau nipis juga boleh dijadikan air yang menyegarkan untuk diminum semasa hari panas terik. Ia turut dicampurkan kepada air teh o bagi menambahkan kelazatan.


POKOK MEKU MENGKUDU
Mengkudu pula adalah sejenis tumbuhan yang biasanya tumbuh liar dikawasan hutan, belukar atau tanah terbiar. Terdapat tiga jenis pokok mengkudu, iaitu Morinda Citrifolia Linn, Morinda Elliptica Ridl dan Morinda Umbellata Linn. Ketiga-tiga jenis mengkudu ini berasal dari keluarga Rubiaceae dan mempunyai nilai dan kegunaannya yang tersendiri dari segi perubatan. Morinda Citrifolia Linn, buahnya boleh dimakan apabila masak untuk membersihkan darah serta mengawal penyakit kencing manis. Buah ini juga berkesan untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Daunnya pula dilayur dan didemah pada dada dan perut untuk mengubati demam dan sakit di dalam perut. Morinda Elliptica Ridl yang mempunyai daun yang kecil dan tirus serta buahnya kecil berbanding dengan jenis yang lain.

Pucuk mengkudu ini enak dimakan sebagai ulam untuk menambah selera serta mengubati cirit-birit, penyakit taun dan sakit kepala, terutamanya semasa demam dan gastrik, serta ia merupakan cara tradisional yang digunakan oleh orang-orang kampung untuk merawat demam malaria. Buasir sejenis penyakit yang amat menyakitkan. Daun mengkudu Morinda Elliptica Ridl merupakan satu cara berkesan dalam bidang tradisional untuk mengubatinya. Morinda Umbellata Linn pula digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati penyakit kulit. Akarnya direbus dan disapu pada kulit manakala daunnya direbus untuk diminum sebagai ubat cacing.

POKOK GAMBIR SARAWAK
Gambir Sarawak (nama saintifik: Uncaria Gambir) ialah sejenis tumbuhan yang dihasilkan dari getah kayu pokok gambir yang banyak terdapat di dalam hutan Negeri Sarawak, Malaysia. Ia juga dikenali dengan nama Born, Gambier, Borneo Cat's claw, Una de Gato dan Kerangas. Ia diperolehi di dalam hutan tebal di kawasan pendalaman di bahagian Long Panai, Marudi, Sarawak.

Gambir Sarawak sangat berkesan untuk melegakan sakit gigi. Cara penggunaan yang mudah dengan hanya menghancurkan gambir hingga menjadi habuk yang halus lalu diletakkan di dalam gigi geraham yang berlubang. Kira-kira 5 minit selepas itu gigi akan berasa berdenyut-denyut dan kesakitan gigi akan beransur hilang sedikit demi sedikit.

POKOK CEKUR
Cekur  ditanam di kebanyakan rumah di kampung-kampung tradisi, sama ada untuk kegunaan perubatan atau masakan.Pokok cekur mempunyai daun yang sederhana lebar, tebal dan berwarna hijau sementara bahagian bawah daunnya berwarna hijau muda.

Nama saintifiknya ialah Kaemferia galanga daripada keluarga Zingiberaceae. Bunganya berwarna ungu dan tumbuh di celah-celah pucuk sementara akarnya mengeluarkan umbisi seperti kunyit.

Pokok ini membiak melalui umbisinya. Tradisi penanamannya juga dibuat melalui umbisi dan anak cekur yang masih kecil. Isi cekur berwarna putih dan baunya maung serta pahit. Namun begitu, ia sering dijadikan ulam oleh kaum wanita, terutamanya selepas bersalin.

Selain dimakan begitu saja, amalan merebus pokok dan akarnya juga dilakukan di mana air rebusan ini diminum oleh penggemar herba tradisi ini. Khasiatnya dikatakan boleh mengembalikan tenaga terutama bagi wanita-wanita selepas bersalin dan mereka yang merasa kurang bermaya. Kepada mereka yang mengamalkannya secara berterusan, ulam ini dikatakan boleh mengekalkan keremajaan.Satu lagi khasiatnya ialah ia boleh mencegah keguguran bagi wanita-wanita yang bermasalah. Ia juga boleh menghilangkan gatal tekak dengan mengunyah umbisinya.


POKOK TEBU HITAM
Pokok tebu hitam atau nama saintifiknya Sacharum Offcinarum adalah salah satu herba yang boleh mengubati batuk, mengurangkan panas badan, menambah selera makan dan mengatasi masalah jantung berdebar.

Air perahan tebu hitam juga mempunyai khasiat tersendiri termasuk mengubati batuk dan mengurangkan panas badan. Caranya ialah dengan membakarnya terlebih dahulu lima atau enam ruas tebu hitam. Selepas itu ia dikupas dan diperah sebelum airnya diminum begitu sahaja.

Tebu hitam juga dapat merawat masalah jantung berdebar-debar. Caranya ialah selepas mencuci bersih, akar tebu hitam itu kemudiannya dikeringkan selama beberapa hari. Rebuskan akar yang telah dikeringkan itu dan minum air rebusan itu pada setiap pagi dan juga petang. Sebaik-baiknya kaedah ini dijadikan amalan sehingga pesakit mendapati masalah jantung berdebarnya sudah tiada lagi.


POKOK BEDARA INDIA


POKOK DAUN CERITA
Nama Botani: Andrographis paniculata

Nama Lain: Hempedu tanah, akar cerita, pokok cerita (Malaysia), king of bitter, creat, green chireta (Inggeris), kalmegh (India), Kirta (Sanskrit), Chuan xin lian, Yi jian xi, Lan he lian (China), Sambiloto (Indonesia)

Famili: Acanthaceae

Hempedu bumi boleh dijadikan ubat untuk darah tinggi, kencing manis, antiradang, antibakteria, antivirus, melegakan demam dan pencair kahak. Ia juga digunakan sebagai pelawas pembuangan air besar, menghapuskan cacing dalam sistem pencernaan dan mempercepatkan pembekuan darah.


POKOK DAUN ASSAM INDIA


POKOK TONGKAT ALI
Pokok Tongkat Ali atau juga dikenali sebagai pasak bumi adalah sejenis tanaman saka yang terdapat di hutan Malaysia dan Indonesia. Nama botaninya ialah Eurycoma longifolia daripada famili Simaraubaceae. Tongkat ali juga dikenali sebagai penawar pahit, bedara pahit, bedara putih, bedara merah, hempedu pahit, payung ali, tongkat baginda, muntah bumi, petala bumi, akar jangat semang, tongkat rasul, dan setunjang bumi.

Tongkat Ali sememangnya amat terkenal dikalangan masyarakat melayu sebagai tonik seks. Nama sainsnya ialah Eurycoma longfolia, bukan sahaja berfungsi sabagai penguat tenaga batin lelaki, tetapi dalam perubatan tradisional tongkat Ali lebih luas digunakan sebagai ubat malaria dan darah tinggi. Selain itu, tongkat Ali juga digunakan sebagai ubat dropsi,iaitu penyakit yang menghasilkan penakungan air dalam tisu dan bahagian badan yang terbabit menjadi kembung air atau dipanggil edema (busung).   
 POKOK MISAI KUCING
Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek tropika daripada keluarga “Lamiaceae” yang terdapat di Malaysia. Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek yang tumbuh sehingga mencapai ketinggian 1.5 meter. Nama sainsnya Orthosiphon stamineus, Benth.

Pokok misai kucing merupakan sejenis pokok berbunga dan sering ditanam sebagai pokok hiasan. Bunga terdapat pada ‘verticil’ lebih kurang 16 cm panjang. Bunga berwarna putih kebiru-biruan dengan filamen yang panjang, seperti misai kucing.

Daun Misai Kucing tersusun dalam pasangan yang bertentangan. Daun Misai Kucing berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan tepi daun berjereja. Tangkai daun pendek, berukuran 0.3 cm panjang dan berwarna ungu-kemerahan. Batang pokok Misai Kucing berbentuk empat segi, berwarna kemerahan, tumbuh tegak dan bercabang-cabang.

Herba Misai Kucing boleh ditanam sepanjang tahun dan ianya boleh tumbuh setinggi 0.3 hingga 1 meter. Mempunyai bunga yang berwarna putih dan keseluruhan tumbuhan ini boleh digunakan sebagai ubat. Daun pokok Misai Kucing juga digunakan sebagai herba perubatan untuk merawat penyakit kencing manis.

Herba Misai Kucing digunakan untuk memperbaiki saluran kencing dan buah pinggang dan bagi membantu mengelakkan penyakit batu karang. Mengikut kajian, daunnya yang sudah dikeringkan adalah bersifat diuretik dan membantu menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan.


 POKOK MALI-MALI
Pokok Mali-Mali ialah sejenis pokok hutan. Ketinggian pokok matang ialah di sekitar 5 – 7 kaki sahaja. Pokok ini hidup subur di Rembau Selatan,khususnya di kampung-kampung yang terletak di kaki Gunung Datuk, Rembau. 

Pokok itu dikatakan mujarab dalam merawat penyakit-penyakit tertentu ataupun sesuai pada sudut penjagaan kesihatan diri. Bagaimanapun , kelucuan tersebut tidaklah pula mengambarkan bahawa pokok mali-mali ini sejenis tumbuhan yang tidak berguna.Ia nya berguna pada sudut rawatan luka dan kaedah penggunaannya agak mudah.

Caranya ialah dengan mengambil beberapa helai daun pokok mali-mali dan kemudiannya tumbuklah sehingga mengeluarkan air.Airnya agak bergetah sedikit . Ia terus di pupuk kepada bahagian yang terkena luka tadi. Tampalkannya sehingga darah berhenti mengalir.Kaedah tersebut bergantung kepada sebesar mana luka yang dialami, jika besar , daunnya mungkin banyak sedikit.


 POKOK KENERAK
Pokok kenerak merupakan sejenis pokok renek yang boleh ditemui dihutan dan belukar yang agak tebal. Bunganya berbau sangat wangi,berwarna kuning keputihan ketika mula kembang dan akan berubah menjadi kuning.Daunnya agak besar dan lebar berukuran lebih kurang 20 cm panjang dan 7 cm lebar.Ia boleh membiak melalui biji benih dan keratan batang.

kegunaan:

Secara tradisinya kenerak digunakan dalam perubatan melayu untuk merawat penyakit seperti barah rahim. Ia juga digunakan sebagai penjarak kehamilan dan tonik selepas bersalin.Secara saintifik ia terbukti merupakan tumbuhan yang mempunyai ciri Anti kanser (kulit batangnya). Styrylpyrone derivative (SPD) ialah ialah bahan aktif yang diekstrak dari kenerak.Rujukan Ia terbukti dapat menyeimbangkan pertumbuhan sel kanser (kanser payudara) dengan cara meningkatkan kematian sel barah.SPD dijangka akan berada dipasaran pada tahun 2005.Kajian terhadap kenerak dan SPD yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik dari UKM telah memenangi Pingat Emas dalam pertandingan ciptaan danteknik baru yang berlangsung di Geneva switzerland pada tahun 2000.
 POKOK DAUN PANDAN
Pokok Pandan (Pandanus amaryllifolius) merupakan sejenis pokok yang banyak kegunaannya bagi orang-orang Melayu. Ia digunakan sebagai pewangi makanan seperti air sirap, dan dalam upacara tertentu seperti sebagai bunga rampai dalam istiadat perkahwinan Melayu.

Pokok Pandan jarang terdapat secara meliar tetapi ditanam dengan meluas bagi perisa dalam masakan. Daunnya digunakan segar atau dikeringkan dan terdapat secara dagangan dalam bentuk beku dikedai runcit Asia di negara di mana pokok pandan tidak tumbuh. Ia memiliki bau botani berkacang yang meningkatkan perisa masakan Asia, terutama hidangan nasi dan kuih. 


 POKOK MALONG / TEMBAGA SUASA
Nama Botani : Crinum asiaticum
Nama Lain : Melong, malong, tembaga sasoh

Pengenalan

Tembaga suasa biasanya tumbuh meliar di kawasan pinggir hutan dan tepian pantai. Pokok ini juga ditanam sebagai pokok hiasan kerana bunganya yang cantik dan wangi. Ia juga ditanam kerana nilainya dalam perubatan tradisional. Daun pokok tembaga suasa agak lebar dan panjangnya mencapai sehingga 2m.

Kegunaan

Bahagian utama yang digunakan dalam perubatan/rawatan pada pokok ini ialah daunnya. Daun pokok tembaga suasa ini dapat merawat terseliuh, tersalah urat dan bengkak. Untuk merawat bahagian yang terseliuh, daun tembaga suasa ditumbuk sehingga lumat dan ditampalkan kepada bahagian. Kemudian dibalut menggunakan daun tembaga suasa yang dilayurkan di atas api.

Untuk merawat bengkak atau tersalah urat, daun tembaga suasa disapukan minyak kelapa (nota:bukan minyak kelapa sawit) dan disalai menggunakan api. Setelah daun tembaga suasa tersebut kelihatan berminyak, ianya dibalut pada tempat yang berkenaan sehingga rasa sakit itu hilang.


 POKOK INAI
Pokok inai merupakan sejenis tumbuhan renek dari spesies lawsonia terma sekeluarga dengan lythraceae. Ia merupakan bahan penting dalam perubatan untuk meredakan demam, sakit kepala, gigitan serangga berbisa, sengal-sengal sendi dan juga penyakit kulit dan amat mujarab untuk mereka yang menghadapi masalah badan berbau. Kulit pokok, daun dan buah inai juga banyak digunakan dalam rawatan tradisional untuk mengubati pelbagai penyakit.


 POKOK LENGKUAS
Lengkuas merupakan sejenis rizom dengan kegunaan masakan dan perubatan, dan banyak digunakan di Asia Tenggara. Rupanya hampir sama dengan halia. Lengkuas merupakan tanaman tempatan di Asia Tenggara.

Kegunaan : Lengkuas biasanya digunakan dalam masakan untuk menambah aroma seperti masakan pedas, laksa penang, sup singgang dan boleh digunakan untuk masakan goreng. Dalam bidang perubatan, lengkuas boleh melegakan sakit perut, selsema dan agen antibakteria.


 POKOK SENDUDUK PUTIH
Pokok senduduk merupakan tumbuhan yang tergolong kumpulan rumpai. Ia merupakan salah satu rumpai yang perlu dibasmi dalam amalan pertanian diladang atau kebun. Terdapat dua jenis pokok senduduk berdasarkan jenis bunganya iaitu ungu dan putih.

Kebanyakan senduduk yang terdapat didalam belukar, atau kawasan terbiar berbunga ungu. Senduduk putih jarang didapati tumbuh secara meliar. Ia hanya tumbuh disetengah-setengah kawasan. Dari segi perubatan tradisional, pokok senduduk putih boleh dijadikan ubat terkena racun atau santau


 POKOK PENAWAR BISA


 POKOK ULAM RAJA
Pokok Ulam Raja (nama lain: Pokok kenikir) merupakan tumbuhan tropika yang berasal dari Amerika Latin, tetapi tumbuh meliar dan mudah didapati di Florida, Amerika Syarikat, serta di Malaysia dan negara-negara ASEAN. Ulam Raja adalah sejenis spesis bunga intan berayun yang berwarna unggu atau kuning dan berbunga kecil.

Ulamnya yang digelarkan "ulam raja" telah digunakan secara tradisi untuk memperbaiki peredaran darah dan mencuci darah, serta untuk menguatkan tulang.  


 POKOK SEPIT


 POKOK DERHAKA MENTUA
Nama Tempatan: Derhaka Mertua
Nama Saintifik: Plumbago Indica
Nama Lain: Ceraka kampung, plumbago, Chitrakmool
Famili: Plumbaginaceae
Lokasi dijumpai: Tumbuhan Liar 

Kegunaan : Bahagian derhaka mertua yang biasa digunakan dalam perubatan ialah akarnya. Air rebusan akarnya digunakan untuk mengatasi masalah sembelit. Ia juga digunakan untuk menggugurkan kandungan. Ia bersifat anti radang . Ia juga dapat mengembalikan kecergasan badan. Selain itu ia juga boleh digunakan untuk mengubati batuk, bronkitis , angin dalam perut (colic) dan kudis buta (scabies). Di Malaysia fungsi utama tumbuhan ini ialah untuk melancarkan perjalanan haid. Untuk tujuan ini 2 atau tiga helai daunnya yang segar, dibersihkan dan dikunyah begitu sahaja dalam tempoh seminggu dari tarikh sepatutnya haid. Tumbuhan ini amat merbahaya dan boleh menggugurkan janin jika diambil oleh wanita yang sedang hamil. Oleh itu penggunaannya perlulah dilakukan dengan berhati-hati


 POKOK SERAPAT AKAR