Pokok serai adalah sejenis tumbuhan yang hidup meliar namun terdapat juga yang ditanam oleh sesetengah orang di kebun-kebun.
Nama saintifik bagi serai ialah Cymbopogon citratus (D.C) Stapf dan ia adalah daripada Famili Gramineae. (Rujuk rajah 2 di helaian 10). Di dalam masyarakat Melayu, serai sering digunakan untuk menambahkan perisa di dalam sesetengah makanan bagi menambahkan keharuman dan kelazatannya. Bagi tujuan perubatan tradisional pula, terdapat tiga bahagian utama yang boleh dimanfaatkan iaitu akar, daun dan batangnya.
Bagi kegunaan tradisi, serai digunakan untuk mengubati pelbagai jenis penyakit seperti sakit kepala, sengal-sengal (rheumatism), sakit perut dan masalah membuang air kecil.
POKOK PECAH KACA
Pokok Pecah Kaca adalah sejenis pokok yang terdapat di hutan Malaysia. Nama botaninya Strobilanthes crispus.
Daun pecah kaca ini adalah di antara tumbuhan yang banyak khasiat.Ia mempunyai jumlah antioksidan yang tinggi di samping mampu untuk bertindak sebagai agen antioksidan, antikanser,anti-diabetes dan juga antimikrob.
POKOK PUTAT
Pokok Putat amat terkenal di negeri-negeri sebelah utara seperti Kedah, Perlis dan Perak. Pokok Putat yang berbuah sepanjang tahun dicari buahnya yang muda dan pucuknya sebagai ulam. Pokok ini hidup liar di tepi pantai yang berpasir, sawah dan kebun.
KHASIAT
Kebanyakan pokok yang pucuknya boleh dibuat ulam, adalah baik untuk kesihatan kulit, melancarkan darah dan memberi banyak manfaat kepada golongan wanita. Walaupun begitu, hanya mereka yang sudah biasa memakannya sahaja yang tahu khasiatnya. Putat adalah herba yang sesuai diamalkan untuk awet muda.
POKOK TEMU
POKOK UBI KAYU
Ubi kayu (nama botani: Manihot Esculenta Crantz) ialah tumbuhan tropika dan subtropika dari famili Euphorbiaceae yang terkenal sebagai sumber utama karbohidrat dan daunnya sebagai sayuran. Ubi kayu dikatakan berasal dari bahagian tropika Amerika tetapi kini taburannya hampir di semua kawasan tropika seluruh dunia.
Ubi kayu boleh digoreng, direbus atau dibakar, dan dimakan bersama kelapa parut muda (nyiur kulit hidup), ikan masin, atau ikan bakar. Ubi kayu juga boleh dibuat kuih, antaranya kuih puli ubi kayu, kuih ubi kayu, tapai ubi, kerepek ubi dan yang seumpama dengannya.
Pokok ubi kayu juga boleh digunakan bagi mengatasi masalah lalang, di mana kawasan yang ditanam ubi kayu akan menutup permukaan tanah dari cahaya matahari, dengan itu menghalang lalang daripada tumbuh kembali.
POKOK MELAKA
Pokok Melaka (bahasa Inggeris: Indian gooseberry; nama botani: Phyllanthus Emblica) ialah sejenis pokok daun luruh daripada famili Phyllanthaceae. Pokok ini yang terdapat di Malaysia dan India terkenal untuk buahnya yang boleh dimakan.
Pokok melaka ialah sejenis pokok yang kecil hingga sederhana, dan mencapai ketinggian antara 8 hingga 18 meter. Batangnya bengkok, dan dahan-dahannya terbuka luas. Bentuk daunnya mudah sahaja dengan tangkai yang pendek, dan bunganya berwarna kuning hijau.
POKOK SIRIH CINA
Pokok Sirih Cina mudah hidup jika ditanam, malah boleh dijadikan hiasan untuk menambahkan lagi keindahan landskap di hadapan rumah. Ia tidak memerlukan penjagaan yang rapi seperti pokok-pokok hiasan yang lain kecuali penyiraman air secukupnya bagi mengelakkan ia mati.
Pokok herba ini dipercayai mempunyai khasiat yang mampu mencegah dan menghilangkan sakit kepala atau mengurangkan tahap serangannya. Pokok ini dengan nama saintifiknya Gynura Procumbeus ini boleh didapati di kawasan lembap seperti di tepi-tepi sungai atau berhampiran dengan paya.
POKOK CABANG TIGA
POKOK ASIN-ASIN
POKOK JERING
Pokok Jering ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Fabaceae yang berasal dari Semenanjung Malaysia dan Thailand. Pokok ini merupakan pokok saka yang besar dan rendang dan selalunya tumbuh meliar di dalam hutan. Nama botaninya Pithecellobium jiringa
Khasiat : Buah jering dimakan untuk merawat kencing manis. Daunya pula digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit kulit dan gatal-gatal.
POKOK TERUNG PIPIT REMBANG
Terung pipit atau juga dikenali sebagai terung rembang (rimbang dalam bahasa Minang), atau terung manggul adalah sejenis ulam yang terdapat di hutan ASEAN. Nama botani terung ini adalah Solanum tarvum.
Khasiat : Buahnya mengandungi banyak khasiat. Antaranya dengan meminum air rebusan buah ini dapat meredakan kesakitan akibat sakit perut yang berterusan.Selain itu akar terong pipit juga boleh digunakan untuk mengubati retak kulit pada kaki, mencuci darah dengan meminum air rebusannya, melegakan kesakitan, penawar racun ular dan serangga serta menjadi ubat yang berkesan untuk meredakan sakit perut.
POKOK GETI
Turi Sesbania grandiflora
Famili: Papilionaceae
Nama Lain: Geti Sasban
Turi atau geti adalah sayur tradisional yang kurang diminati lagi. Pucuk atau daun mudanya kadang-kadang dijual di pasar malam atau di pekan sehari. Masyarakat desa gemar memakan sayur ini dan biasanya dimasak lemak atau masak manis.
Famili: Papilionaceae
Nama Lain: Geti Sasban
Turi atau geti adalah sayur tradisional yang kurang diminati lagi. Pucuk atau daun mudanya kadang-kadang dijual di pasar malam atau di pekan sehari. Masyarakat desa gemar memakan sayur ini dan biasanya dimasak lemak atau masak manis.
Pokok Turi mudah dibiakkan dengan cara keratan batangnya. Keratan boleh ditanam terus ke tanah. Ia amat mudah hidupnya dan tidak memerlukan jagaan yang rapi. Di kampung, pokok ini ditanam sekitar rumah sebagai tanaman parak (dapur). Pokok ini juga mula ditanam sebagai tanaman hiasan dan bunganya yang berwarna putih dan merah sangat menarik
POKOK MAMAN
Maman ialah sejenis tumbuhan liar yang boleh dijumpai tumbuh dikawasan berpasir dan bertanah liat dikawasan tropika.Di Malaysia terdapat dua jenis maman yang biasa dijumpai maman sayur dan maman hantu. maman sayur ialah maman yang biasa dijadikan jeruk dan dimakan dengan nasi manakala maman hantu walaupun kadangkala dijadikan jeruk namun aia kurang digemari kerana rasanya yang pahit.Pokok maman juga sering menjadi makanan ternakan seperti lembu dan kambing. dua jenis maman yang biasa dijumpai ialah maman berbunga ungu(Gynandropsis gynandra) dan maman berbunga kuning(Cleome gynandra L) | |
kegunaan: | |
air rebusan daun maman kuning dijadikan penawar untuk merawat demam,daunnya dijadikan ubat atritis dengan cara menghancurkan daunnya dan menyapunya pada bahagian yang sakit.Jus daunnnya dijadikan ubat titis untuk mengubat sakit telinga. keseluruhan pokok ini boleh dijadikan penawar untuk merawat bisa gigitan kala jengking dan ular. |
POKOK DENA
POKOK BAYAM BERDURI
Nama Botani : Amaranthus spinosus L.
Famili : Amaranthaceae
Pengenalan
Pokok bayam duri adalah tumbuhan yang hidup meliar di kawasan sekitar rumah, kawasan atau padang terbiar dan tepi jalan. Pokok bayam duri mempunyai ciri daun yang sama dengan pokok bayam sayur tetapi ia bersaiz lebih kecil. Bahagian batang pokok bayam duri terdapat duri-duri kecil. Tinggi pokok ini di antara 30 hingga 100 cm. Batangnya berwarna hijau atau kemerahan, bercabang-cabang dan berduri. Ia membiak melalui biji benih.
Kegunaan
Akar pokok bayam duri rasanya manis, pahit dan sejuk. Ia boleh digunakan untuk mereda demam(antipiretik), diuretik, melancarkan perjalanan haid, ekspektoran, antitoksik, mengurangkan bengkak dan pembersih darah.
Pokok bayam duri mengandungi amarantin, rutin, spinasterol, hentriakontan, tanin, kalium nitrat, kalsium oksalat, garam fosfat, zat besi, serta vitamin A, Vitamin C, Vitamin K dan Vitamin B6.
Akar bayam duri juga digunakan untuk merawat desentri, cirit birit, sakit tekak, sakit gigi, demam; radang saluran nafas(bronkitis), keputihan(leukorea), radang rahim; perjalanan haid yang tidak teratur(lambat datang haid), kencing bernanah dan batu hempedu.
Famili : Amaranthaceae
Pengenalan
Pokok bayam duri adalah tumbuhan yang hidup meliar di kawasan sekitar rumah, kawasan atau padang terbiar dan tepi jalan. Pokok bayam duri mempunyai ciri daun yang sama dengan pokok bayam sayur tetapi ia bersaiz lebih kecil. Bahagian batang pokok bayam duri terdapat duri-duri kecil. Tinggi pokok ini di antara 30 hingga 100 cm. Batangnya berwarna hijau atau kemerahan, bercabang-cabang dan berduri. Ia membiak melalui biji benih.
Kegunaan
Akar pokok bayam duri rasanya manis, pahit dan sejuk. Ia boleh digunakan untuk mereda demam(antipiretik), diuretik, melancarkan perjalanan haid, ekspektoran, antitoksik, mengurangkan bengkak dan pembersih darah.
Pokok bayam duri mengandungi amarantin, rutin, spinasterol, hentriakontan, tanin, kalium nitrat, kalsium oksalat, garam fosfat, zat besi, serta vitamin A, Vitamin C, Vitamin K dan Vitamin B6.
Akar bayam duri juga digunakan untuk merawat desentri, cirit birit, sakit tekak, sakit gigi, demam; radang saluran nafas(bronkitis), keputihan(leukorea), radang rahim; perjalanan haid yang tidak teratur(lambat datang haid), kencing bernanah dan batu hempedu.
POKOK AMRA / KEDONGDONG
Kedondong adalah sejenis buah tempatan yang enak rasanya dimakan mentah , dibuat jus dan jeruk. Kedondong juga dikenali sebagai buah amra di negeri2 sebelah utara.
Kedondong mudah hidup di atas tanah biasa yang tidak terlalu berair. Jika beli anak pokok kedondong yang telah ditut, tak sampai 2 tahun berbuahlah ia.
Pokok kedondong tidak memerlukan baja yg banyak . Hanya baja semasa kecil lepas itu bila mula berbuah ia akan sentiasa berbuah tanpa henti.
Pokok kedondong tidak memerlukan baja yg banyak . Hanya baja semasa kecil lepas itu bila mula berbuah ia akan sentiasa berbuah tanpa henti.
POKOK MENGKUDU PUTIH
Nama biasa Mengkudu, mengkudu besar
Nama botani Morinda citrifolia L.
Famili Rubiaceae
Habitat dan Taburan
Pokok mengkudu berasal dari pulau-pulau Pasifik. Kini mengkudu boleh didapati di Asia Tenggara dan Australia. Di Malaysia, pokok ini hidup liar tetapi kadang-kadang ditanam di sekitar rumah untuk kegunaan harian.
POKOK KANCING KOTA
POKOK SELOM
Pokok Selom adalah sejenis pokok ulam yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN. Nama botaninya Ooenanthe javanica.
Pucuk muda di petik untuk dijadikan ulam.Keratan tua (umbi dan akar) dibiarkan agar mencetuskan tunas baru.Daun selom juga enak dibuat kerabu.
POKOK BELUNTAS
Pokok Beluntas adalah sejenis pokok ulam yang terdapat di hutan Malaysia. Nama botaninya Pluchea indica.
Kegunaan dan khasiat
Pucuk atau daun muda yang lembut boleh dibuat ulam. Baunya menyelerakan. Selain dimakan segar, pucuk beluntas boleh dicelur dan dimakan bersama-sama nasi serta sambal belaean. Pucuk beluntas boleh juga dibuat kerabu. Daun beluntas digunakan untuk mengubati demam dan jusnya dibuat ubat cirit-birit. Daun juga dibuat ubat sapu untuk mengubati ulser dan sakit kulit. Daun yang dicampur dengan bahan lain dibuat ubat luka dan cecair air. Daun muda dan pucuknya dijadikan ubat pupuk untuk mengubati lumbago.
POKOK KANTAN
Pokok Bunga Kantan atau juga dikenali sebagai bunga siantan merupakan sejenis pokok saka herba.
Kegunaan bunga kantan yang paling popular ialah sebagai perasa di dalam penyediaan kuah laksa asam, masak asam dan sebagai ulam nasi kerabu. Bunga kantan yang dicelur boleh dimakan bersama sambal belacan. Kegunaan pokok kantan yang lain termasuk:
- Batang - mengubati penyakit bengkak-bengkak
- Buah - menambah selera makan
- Ubi - perisa dalam makanan
- Bunga - bahan gubahan jambak-jambak bunga
- Biji - mengubati sakit telinga
POKOK NENAS BATU
Pengenalan
Nenas batu dipercayai berasal dari timur tengah. Pokok nenas batu hampir sama dengan nenas biasa tetapi daunnya lebih kecil dan tirus. Pokoknya juga jauh lebih kecil daripada nenas biasa. Buah nenas batu mempunyai ciri dan bentuk yang serupa dengan nenas biasa cuma ia bersaiz kecil dan bertangkai panjang.
Kegunaan
Nenas batu boleh menolong mengecutkan rahim bagi wanita lepas bersalin dengan cara mengamalkan pengambilan seminggu sekali. Ia juga berfungsi sebagai perancang keluarga iaitu dengan cara meminum air rendaman buah nenas batu selama tempoh ingin menjarakkan kelahiran anak. Buah nenas batu boleh membantu untuk melawaskan kencing, melancarkan pembuangan angin. Ia juga dipercayai dapat menghancurkan batu karang bagi penghidap penyakit batu karang.
Nenas batu boleh menolong mengecutkan rahim bagi wanita lepas bersalin dengan cara mengamalkan pengambilan seminggu sekali. Ia juga berfungsi sebagai perancang keluarga iaitu dengan cara meminum air rendaman buah nenas batu selama tempoh ingin menjarakkan kelahiran anak. Buah nenas batu boleh membantu untuk melawaskan kencing, melancarkan pembuangan angin. Ia juga dipercayai dapat menghancurkan batu karang bagi penghidap penyakit batu karang.
POKOK BELIMBING BULUH
Pokok belimbing buluh atau nama saintifiknya Averrhoa belimbi linn dan berasal dari keluarga Oxalidaceae dan mempunyai nilai yang tinggi dari segi perubatan. Mudah dijumpai di kawasan kampung dan kawasan perumahan kerana pokok ini mudah ditanam dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Buahnya boleh digunakan untuk berbagai-bagai tujuan.
Air belimbing buluh muda digunakan untuk menurunkan tekanan darah tinggi, kencing manis dan untuk menggelakkan pitam. Bunganya digunakan oleh sesetengah masyarakat untuk melegakan sakit gigi. Untuk menyembuhkan batuk, daun, bunga dan buah belimbing buluh direbus dalam jumlah yang sama banyak sehingga mendidih dan diminum setiap pagi.
POKOK PINANG
Pokok pinang (nama saintifik: Areca catechu, bahasa Inggeris: betelnut, tulisan Cina: 檳榔) merupakan satu spesis tumbuhan palma yang tumbuh di kebanyakan kawasan tropika Pasifik, Asia, dan bahagian-bahagian Afrika timur. Pokoknya bersaiz sederhana dengan ketinggiannya mencecah 20 meter, dengan diameter batangnya setebal 20-30 cm. Daunnya berukuran 1.5-2m panjangnya, berbucu tajam, dan terdiri daripada anak daun yang banyak bilangannya.
POKOK KADUK
Pokok kaduk juga tergolong dalam tumbuhan herba. Daunnya boleh dibuat ulam.Scara tradisi daun kaduk dapat mengurang atau menurunkan panas badan kanak-kanak yang deman dengan memandikan kanak-kanak tersebut dengan air yang bercampur dengan ramasan daun ini serta dicampur juga dengan daun durian belanda.Buah kaduk pula dapat dijadikan ramuan atau penambah perisa jika ditambah ke dalam masakan seperti masakan kari kambing.